Monday, August 25, 2008

LAGI KEPINCANGAN ANWAR IBRAHIM

Bekas kawan baik DSAI, Datuk S.Nallakaruppan memaklumkan bahawa semasa DSAI memegang jawatan nombor dua Negara dahulu (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan), beliau telah meminta dan mengguna pakai wang magnum sebanyak RM60 juta. Jumlah yang sangat besar, entah apa yang dibuatnya dengan nilai sebanyak itu. Adakah untuk kebajikan rakyat atau masuk koceknya sendiri? Apa program atau projek pembangunan yang telah dilaksanakan dengan wang tersebut?

Tidak disangka-sangka dalam pada beliau menuding jari menyalah dan menghentam pemimpin-pemimpin Kerajaan yang kononnya bersikap tiris dalam mengurus hal ehwal dana Negara, beliau juga dalam diam-diam mengaut hasil untuk kepentingan diri sendiri.

Luarannya beliau bersikap seperti orang alim, pandai berkhutbah, menjadi imam, lancar membaca Al-Quran dan Hadis, tetapi inilah peribadi beliau yang sebenar. Banyak lagi kepincangannya yang akan dikorek dan didedahkan dari semasa ke semasa.

Bangunlah dari tidur yang lena wahai pengikut-pengikut taksub Anwar! Beliau bukanlah pemimpin yang layak anda sokong dan sanjungi.

Jangan biarkan impian Anwar Ibrahim untuk menuju ke Putrajaya tercapai. Mengundilah dengan bijak.

Thursday, August 21, 2008

'Anwar pernah hentak meja'

BUKIT MERTAJAM 20 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, pernah menghentak meja dan membuang fail meminta kerajaan Sabah meluluskan lesen empat ekor kepada syarikat yang beliau mempunyai kepentingan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kejadian itu berlaku semasa Datuk Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah.

"(Beliau) nak lesen itu kerana abangnya pengerusi syarikat berkenaan," katanya semasa berucap di Peti Undi Barisan Nasional di Simpang Empat Seberang Jaya di sini malam ini.
Teck Lee dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada 1996 hingga Mei 1998, sementara Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga beliau dipecat daripada UMNO pada September 1998.

Najib berkata, beliau bangga dengan tindakan kerajaan Sabah yang berprinsip daripada Anwar kerana tidak meluluskan lesen itu.
''Sekarang dia menyebut-nyebut tentang masyarakat Madani tetapi dulu minta luluskan lesen judi," katanya.

Sebelum itu, pada satu majlis di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah di sini, Najib mengumumkan sumbangan khas sebanyak RM100,000 bagi setiap masjid dan RM30,000 bagi setiap surau di kawasan Parlimen Permatang Pauh.
Beliau juga telah meminta umat Islam bersatu demi menegakkan syiar Islam dan perpaduan ummah.

Katanya, tindakan itu amat perlu memandangkan ketika kini banyak pihak yang cuba mencabar Islam terutama melalui penganjuran forum terbuka.
"Dengan bersatu tidak bermakna kita hendak menggugat hak orang lain, tetapi kita perlu membuat orang merasa segan dan hormat kepada kita," katanya.

- Bernama
*****************************************************************************

DSAI cakap tak serupa bikin...

Tuesday, August 19, 2008

Kuota UiTM taktik PKR pancing undi

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencadangkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan Bumiputera, bertujuan memancing undi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan itu memberi gambaran seolah-olah bukan Bumiputera selama ini tidak mendapat peluang pendidikan yang sewajarnya di negara ini. Sambil menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak adil, Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN), sejak 1996 sudah membuka peluang pendidikan yang seluas-luasnya untuk semua kaum.

“Saya melihat memang itulah tujuan mereka kerana sebahagian besar Melayu dan Islam menyokong Umno dan Pas. Jadi untuk PKR mendapat sokongan, mereka cuba meraihkan sokongan kaum Cina dan India dengan melontarkan idea UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera. “Jadi janganlah sebab isu UiTM ini nak menidakkan apa yang dilakukan dan diperjuangkan Umno dan BN selama ini, seolah-olah kita menyekat peluang bukan Bumiputera.

“Ini memberi gambaran tidak adil dan tidak tepat sama sekali,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Sama Gagah di sini, semalam.
Terdahulu, Najib yang diiringi Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Majid meninjau empat rumah daif di kampung itu yang memerlukan pembelaan sewajarnya.

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan 10 peratus kuota UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera kerana graduan universiti itu tidak mesra kaum lain, tidak berkualiti, tiada persaingan dan tidak global.

Najib berkata, isu pendidikan tidak boleh dilihat kepada UiTM saja, tetapi dalam konteks lebih luas merangkumi perubahan sektor pendidikan negara dan Dasar Pendidikan Negara yang membuka ruang seluas-luasnya kepada semua kaum. Beliau memberi contoh penggubalan undang-undang yang membenarkan kolej swasta dan universiti swasta ditubuhkan di negara ini ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran pada 1996.

Sumber: Berita Harian

************************************************************************
Kepimpinan PKR begitu gemar mencetuskan isu berbentuk perkauman. Acap kali juga mereka amat suka mengguris perasaan kaum bumiputera khususnya Melayu. Tidakkah mereka sedar atau sengaja tidak mahu mengakui bahawa UiTM telah melahirkan ramai tokoh terkemuka tanah air?

Standard UiTM adalah sama tinggi dengan universiti tempatan yang lain walaupun hanya dipelopori oleh golongan bumiputera. Jangan pandang sebelah mata perihal ini. Universiti inilah yang telah banyak menabur jasa kepada pelajar-pelajar Melayu dan bumiputera.

Yang pasti, cadangan 10% kuota UiTM ini adalah merupakan taktik kotor PKR untuk meraih undi daripada kaum bukan bumiputera khususnya Cina dan India bagi menyokong DSAI dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Oleh itu jangan sesekali anda terpengaruh dengan cadangan PKR yang tidak mengambil peduli tentang sensitiviti maruah dan kepentingan orang Melayu ini.

Monday, August 18, 2008

Pertandingan Sengit 3 Penjuru

Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini bakal menyaksikan pertandingan sengit 3 penjuru antara calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah, PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat.

Semoga proses pilihan raya akan berjalan lancar dan jauh daripada sebarang insiden yang tidak diingini. Kepada semua pengundi, mengundilah dengan bijak dan jangan sesekali beremosi. Jadilah warga Malaysia yang berbudi bahasa, berpekerti mulia.

Kekalkan imej keamanan dan keharmonian negara kita yang sentiasa dipandang tinggi oleh negara luar sejak zaman-berzaman.

DSAI juga patut bersumpah

Dengan nama Allah S.W.T Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bahawa beliau telah diliwat oleh DSAI. Beliau bersumpah sambil memegang Al-Quran serta mengadap kiblat disaksikan bapanya dan salah seorang Imam Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Saiful Bukhari telah mengotakan janjinya untuk berbuat demikian demi menegakkan hak dan keadilan terhadap beliau agar tidak lagi difitnah dan dicemuh penyokong DSAI yang mendakwa pendedahan itu sebagai karut dan semata-mata ingin mengaibkan DSAI.

Oleh yang demikian saya amat berharap agar DSAI turut membuat akuan bersumpah bahawa dirinya tidak melakukan perbuatan terkutuk tersebut sekali gus dapat membersihkan namanya di mata masyarakat. Selagi DSAI tidak bersumpah selagi itulah masyarakat akan mempercayai bahawa berita tersebut adalah benar. Jika tidak bersalah, Anwar Ibrahim tidak perlu takut dan gusar. Tiada apa-apa perkara yang akan berlaku terhadap beliau dan seluruh keluarganya. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui setiap perlakuan hamba-Nya.
Kepada para penyokong DSAI, mohonlah pemimpin anda membuat akuan bersumpah seperti mana Mohd Saiful Bukhari Azlan. Saya percaya anda sekalian sayangkan beliau, maka pujuklah beliau untuk menegakkan yang hak dan menidakkan yang batil.

Wednesday, August 6, 2008

Tarikh penamaan calon Permatang Pauh 16 Ogos

PUTRAJAYA 6 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ialah pada 16 Ogos, manakala pengundian pada 26 Ogos jika ada pertandingan.

Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman dalam satu kenyataannya di sini hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia
*************************************************************************
Pengundi-pengundi di Permatang Pauh! Mengundilah dengan bijak. Kuasa demokrasi di tangan anda. Pilihlah yang terbaik demi masa depan anda dan keluarga anda...

Friday, August 1, 2008

Kerajaan teliti harga minyak - PM

PUTRAJAYA 1 Ogos — Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata kerajaan sedang meneliti beberapa perkara sebelum membuat keputusan mengenai harga minyak di negara ini.
Beliau berkata Kabinet sudah berbincang mengenai perkara itu dan kerajaan masih meneliti beberapa perkara secara terperinci sebelum membuat pengumuman.

“Kalau boleh lah ni (sekarang ini) saya nak turunkan harga minyak. Sabarlah nanti kerajaan akan umumkan. Kerajaan sedang meneliti beberapa perkara sebelum buat pengumuman,” katanya kepada para pemberita di pejabatnya di sini ketika ditanya bila ia akan diturunkan.

Tanpa menyatakan komitmennya sama ada harga minyak akan diturunkan, Abdullah berkata: “Sabarlah” apabila ditanya mengenai formula penurunan harga minyak itu.

Harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter manakala harga diesel meningkat RM1 kepada RM2.58 seliter berkuatkuasa 4 Jun. Ketika itu, harga minyak mentah dunia sekitar US$140 (RM457.80)setong tetapi kini telah turun sekitar US$122 setong.

Rabu lepas, beberapa menteri memberikan bayangan harga minyak di negara ini mungkin diturunkan ekoran penurunan harga minyak dunia. — BERNAMA
**********************************************************************
Harga minyak mentah dunia telah turun daripada USD140 setong kepada USD122 setong. Harap-harap Kerajaan juga dapat menurunkan harga minyak di negara kita, tak banyak, sikit pun jadilah.
Apapun terima kasih kepada Kerajaan dan para pemimpin negara kerana begitu cepat dan peka dalam menangani isu semasa dengan pendekatan mengambil kira kepentingan rakyat jelata.

Tanding PR Kecil Permatang Pauh: DSAI Alih Perhatian Kes Liwat

Anwar Ibrahim masih tidak puas-puas bersandiwara...

Keputusan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh yang disandangnya sejak 1999 tidaklah terlalu mengejutkan. Ramai yang telah menduga dari awal lagi bahawa beliau akan mengosongkan kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim selepas keluar daripada tahanan penjara. Cuma rakyat menunggu masa sahaja bila ianya akan berlaku. Sementelah lagi itulah kerusi atau kubu kuat untuk Anwar Ibrahim bertanding semula.

Anwar Ibrahim pula seolah-olah cuba mengalih perhatian rakyat daripada membicarakan isu kes liwatnya yang hangat umpama 'goreng pisang panas' atau kes 'yang terhangat di pasaran'. Beliau mungkin beranggapan apabila sibuk berkempen untuk bertanding Pilihan raya Kecil Permatang Pauh nanti, rakyat akan lupa terhadap kes sodomi tersebut.
Sebenarnya tidak semudah itu. Masyarakat Malaysia kini bukan lagi berfikiran masih di takuk lama. Semuanya bijak-bijak belaka dalam menilai dan memperhalusi sesuatu perkara. Umum mempertikaikan mengapa Anwar tidak mahu menjalani ujian DNA. Jika beliau benar-benar tidak melakukan perbuatan yang tidak bermoral itu, beliau tidak seharusnya takut.

Sesungguhnya keputusan beliau untuk bertanding ini adalah terlalu tergesa-gesa dan Anwar kini dilihat tidak sabar-sabar lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia...